Cara menempah sesi penyertaan kursus jangka pendek


Berikut merupakan cara-cara (langkah demi langkah) bagi menempah (membuat bayaran deposit yuran) untuk sesi belajar kursus-kursus jangka pendek yang dianjurkan dalam program Kelas Belajar Komputer Dan ICT

1) Pilih tarikh yang diinginkan.

2) Kemudian maklumkan pada penganjur / pengajar (Zaki), AWAL DUA HARI dari tarikh yang dipilih agar memudahkan pengaturan jadual.

3) Sekiranya tarikh berkenaan ada kekosongan dan tiada cuti umum, maka bakal peserta boleh membuat pembayaran tempahan (RM100.00) dengan segera bagi "cop kan" tarikh berkenaan hanya untuk peserta itu sahaja.

4) Setelah pembayaran tempahan dibuat, kemukakan gambar slip bank berkenaan pada whatsapp (Ol231237O5) beserta dengan NAMA PENUH & NOMBOR KAD PENGENALAN (untuk dicetak pada sijil penyertaan).

5) Peserta hadir pada tarikh dan waktu yang dipilih dan membuat pembayaran baki yuran pada hari berkenaan.



SENARAI KURSUS JANGKA PENDEK "PERSONAL COACHING" YANG DISEDIAKAN  ( klik tajuk kursus di bawah untuk membaca maklumat lanjut ):

1. Kursus Asas Komputer (RM180 / 6 JAM)

2. Kursus Bisnes Affiliate (RM100 / 3 JAM)

3. Kursus Asas Menjual Secara Online (RM80 / lebih kurang 2 JAM)

4. Kursus Bina dan Selenggara Blog (RM180 / lebih kurang 6 JAM)

5. Kursus Asas Usahawan Di Internet (RM280 / lebih kurang 6 JAM)



Hanya di Kelas Belajar Komputer Dan ICT - Menjimatkan Masa Belajar Dan Duit Anda

Tempah sesi belajar sekarang juga 

Whatsapp / Wechat : Ol23l237O5

Klik link berikut untuk baca biodata penganjur / pengajar ----> http://kelas-ict.blogspot.my/p/biodata-penganjur.html

Sertai Kursus Asas Komputer di hujung tahun 2016



Kursus Asas Komputer ini sesuai untuk pelajar lepasan sekolah lepasan SPM ataupun bagi pekerja kilang ataupun juga individu yang ingin memperbaiki dan menambah pengetahuan dalam asas penggunaan komputer dalam kehidupan seharian.

Kursus ini dijalankan secara jangka pendek dan "personal coaching", sesuai bagi mereka yang tidak mempunyai banyak masa untuk menghadiri kelas yang panjang dan yang merasa segan untuk belajar dalam kelas yang ramai.  Personal Coaching bermaksud seorang peserta dalam satu sesi.

Bakal peserta boleh memilih tarikh yang diinginkan dan maklumkan pada penganjur agar dapat disesuaikan dengan jadual. Jika tarikh yang dipilih sesuai, maka buat pembayaran deposit sebagai tempahan untuk tarikh berkenaan.

Berikut adalah maklumat yang perlu bakal peserta tahu :

Nama Kelas KURSUS ASAS KOMPUTER



Jangka masa kursus2 HARI ( Lebih Kurang : 3 jam hari pertama, 3 jam hari kedua )

(Kelas dianjurkan antara hari Isnin hingga Ahad. Sila buat pilihan dan tempahan sekurangnya DUA HARI AWAL.

Sesi pagi bermula pukul 9.00 pagi  dan sesi petang bermula pukul 2.00 petang, kecuali Jumaat yang hanya bermula pada pagi sahaja)



*Bayaran  :  RM180.00 

(bayaran dua hari sebelum kursus bermula)
*pembayaran melalui bank-in atau ATM Transfer dua hari sebelum kelas bermula

Subjek  :

👍  pengenalan komputer & internet
  (cara penggunaan & penyelenggaraan asas)

👍 perkakasan & perisian komputer  
  *alatan : mengenali papan kekunci, tetikus, monitor & lain-lain
  *perisian : mengenali anti virus, microsoft office & lain-lain

👍 penggunaan Microsoft Words, Power Point & Excel
  (menaip surat, ubahsuai dokumen, persembahan elektronik dan membuat jadual rekod)



MAKLUMAT PENTING :

👉 Sijil akan diperolehi selepas tamat kursus
👉 Khas bagi mereka yang "baru" dalam penggunaan komputer serta yang berminat menambah pengetahuan.
👉 Sila tunjukkan bukti pembayaran deposit (slip ATM) melalui aplikasi Whatsapp ( O12 3l2 37O5 )
👉 Kelas akan diadakan di Pusat ICT Melaka, Tingkat 6, Bangunan UTC Melaka, berdasarkan tempahan yang telah dibuat awal sahaja.

👉 Kursus ini diajar sendiri oleh Pengasas ICT Niaga Enterprise / Panel Penasihat Industri, Unifield International College iaitu Encik Ahmad Zaki.

Alamat & Nombor Telefon Penganjur :

ICT Niaga Enterprise
Batu 20 1/4,
Tanjung Rimau Dalam,
78000 Alor Gajah, Melaka.

012 312 tiga tujuh kosong lima (Whatsapp / Wechat)
(Hanya untuk mereka yang serius dan benar-benar ingin mendaftar dan MEMBAYAR sahaja yang dilayan)