Biodata Penganjur


Pengasas ICT Niaga Enterprise dan Mantan Panel Penasihat Industri 
bagi Diploma Sains Komputer (Multimedia), Unifield International College


Kelas Belajar Komputer Dan ICT ini adalah program yang dijalankan oleh ICT Niaga Enterprise yang dimiliki oleh Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim iaitu bekas pelajar dan mahasiswa lepasan Giatmara Kota Melaka, Melaka dan Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Beliau telah lebih 10 tahun berpengalaman dalam bidang kepenggunaan komputer dan internet. Beliau juga merupakan Panel Penasihat Industri bagi Diploma Sains Komputer (Multimedia) untuk Unifield International College.

Program ini direka bagi memberi lebih pilihan dan kemudahan untuk masyarakat setempat mengetahui dan menguasai asas komputer dengan lebih cepat, lebih murah dan lebih santai.

Kursus ini dijalankan secara "personal coaching"
. Jumlah peserta yang sedikit akan memudahkan soal jawab serta lebih penumpuan berbanding dengan kursus di dalam kelas yang besar dengan berpuluh orang peserta.


Kenapa yuran di sini murah?

Murah kerana kos operasi telah dikurangkan. Penganjur tidak menyewa tempat yang mahal
dan tidak mengambil masa lama untuk menyudahkan kursus tetapi cukup untuk para pelajar selesa serta faham apa yang diajarkan.