Khidmat membuat dan selenggara blog di Melaka


Salam sejahtera.

Kelas Belajar Komputer & Internet (KBKI) kini telah menawarkan perkhidmatan membuat dan menyelenggara (update / kemaskini) blog khas untuk usahawan suri rumah, usahawan atau peniaga sambilan dan juga usahawan IKS / PKS. KBKI melalui ICT Niaga Enterprise akan memastikan tiap blog yang ditempah atau dikemaskini akan diperbaiki kod aturcaranya (SEO) serta lain-lain yang berkaitan agar blog itu mempunyai peratusan yang lebih baik atau tinggi untuk dijumpai dalam internet.

Selain dari laman web sosial seperti Facebook, teknologi blog dilihat semakin berkembang dengan menjadi landasan utama khususnya bagi usahawan atau mereka yang berniaga membuat hebahan tentang perniagaan masing-masing.  Lebih-lebih lagi apabila syarikat enjin carian laman web (web browser search engine) Google telah membeli syarikat penyedia blog "Blogger.com" dari syarikat Pyra Labs, menjadikan pemasaran perniagaan melalui blog semakin positif.

Blog bukan sahaja dijadikan sebagai alat untuk pemasaran perniagaan, malah ia boleh juga dijadikan sebagai landasan untuk individu tertentu seperti penghibur ataupun artis mengiklankan bakat serta perkhidmatan, mengumpul dan bertemu peminat secara dalam talian (online). Dengan pelbagai fungsi yang boleh ditambah pada sesebuah blog, menjadikan blog sebagai media paling efektif dalam strategi "marketing".

Berikut adalah pakej perkhidmatan membuat dan selenggara blog yang ditawarkan :

Pakej Usahawan  - A

RM150.00 (blog baru)
- Melibatkan penukaran setting kod aturcara dan template blog yang lain dari yang sedia ada dalam sistem Blogspot

Pakej Usahawan  - B

RM90.00 (blog baru)
- Melibatkan penggunaan template ( latar belakang ) blog yang sedia ada dalam sistem Blogspot

Pakej Usahawan  - C

RM60.00 (blog sedia ada)
- Melibatkan penukaran setting kod aturcara dan template blog selain dari yang sedia ada dalam sistem Blogspot