Cara percuma untuk tarik bakal pelanggan melalui Instagram


Berikut merupakan antara cara asas penting yang boleh digunakan oleh peniaga atau usahawan online yang menggunakan Instagram sebagai landasan berniaga.

CARA 1 » BINA FOLLOWERS IG YANG SPESIFIK

Di Instagram, tak perlu rasa tertekan untuk dapatkan pengikut yang ramai, tapi fokus untuk dapatkan sasaran pengikut yang ramai. Bina pengikut anda yang tersendiri, mengikut "niche market" (pasaran niche) anda. 
Pasaran niche atau juga dikenali sebagai pasaran tertumpu merupakan sebuah segmen pasaran yang meliputi satu golongan tertentu dimana mereka berkongsi minat, hobi, atau kemahuan yang sama. Biar sedikit, tapi kalau mereka setia dengan anda, nilai setiap pelanggan itu lebih tinggi kualitinya.
Sebab itulah penting menjaga dan menapis siapa pengikut anda. Ingat, kualiti lebih penting daripada kuantiti.

CARA 2 » – GAMBAR YANG MENAWAN

Instagram tidak sama seperti Facebook. Apabila menggunakan Instagram, pelawat akan lihat gambar terlebih dahulu kemudian barulah mereka melihat apa anda telah taip.
Jadi pastikan anda guna gambar yang dapat menarik perhatian pelawat Instagram anda.
Gambar yang mampu untuk tarik perhatian mereka untuk berhenti dari scroll ke bawah.
Anda cuma ada lebih kurang 5 saat untuk tarik perhatian mereka.

CARA 3 » –CAPTION YANG MENARIK & JELAS

Apabila menggunakan Instagram untuk pemasaran, caption ni ibarat sokongan pada gambar.
Caption adalah ayat iklan yang menceritakan mesej yang kita nak sampaikan melalui gambar tersebut.
Jadi ianya perlulah menarik dan maksudnya senang difahami.

CARA 4 » – HASHTAGS YANG TEPAT

Walaupun nampak mudah, tapi sebenarnya ada banyak benda yang anda boleh manipulasikan dengan ‪Hashtag atau #tags‬ ni.
Kalau mahukan maklumat anda keluar apabila bakal pelawat membuat carian dalam Instagram, anda kena gunakan Hashtag yang betul.

Disadur dari : 
https://firdausazizi.my