Pakej pembelajaran khas untuk usahawan baru dan lama


Dunia keusahawanan masa kini telah berkembang pesat sejajar dengan perkembangan teknologi dalam pelbagai bidang.  Makanya kaedah promosi atau pemasaran juga turut merasai tempiasnya.  Hatta peniaga nasi lemak kini telah mempunyai pelekat jenama sendiri dan mengiklankannya ke dalam internet.  Apatah lagi para usahawan besar seperti pemilik fraincais KFC atau 7eleven.

Seringkali usahawan generasi lama ataupun usahawan yang baru memulakan perniagaan tersalah pilih jalan dalam memasarkan perniagaan masing-masing. Mereka ini terus terperdaya dengan pelbagai promosi yang kononnya boleh meningkatkan hampir 100% potensi kejayaan bisnes mereka sedangkan mereka sendiri tidak berapa faham atau mahir dengan sistem yang sedia ada.

Atas sebab ini, Kelas Belajar Komputer Dan ICT mengambil inisiatif mewujudkan Pakej Kursus Asas Usahawan Di Internet. Pakej ini adalah gabungan kursus-kursus yang berkaitan dengan "internet marketing" pada peringkat asas yang penting. Insha Allah selepas menguasai peringkat asas ini, anda akan dapat meluaskan dengan sendirinya pengetahuan anda ke peringkat seterusnya.

Di dalam Pakej Kursus Asas Usahawan Di Internet, anda akan mempelajari cara terbaik untuk membina dan selenggara blog sehingga ia mudah ditemui di enjin carian di internet seperti Google.  Selain itu, anda juga akan mengetahu teknik menjual atau mempromosi perkhidmatan dan produk di internet tanpa menggunakan blog, Facebook mahupun apa-apa laman web sosial yang lain. 

Pakej kursus ini hanya akan dibuat di Jalan Hang Tuah, Melaka setelah ada TEMPAHAN waktu belajar sahaja.

Maklumat kursus :

Nama :
- Pakej Kursus Asas Usahawan Di Internet


Berikut adalah kursus yang digabungkan dalam pakej ini :

Kursus Asas Bina dan Selenggara Blog  (Pengenalan blog / Membina blog pertama anda)

Kursus Asas Menjual Di Internet (Menjual & mengiklankan produk atau perkhidmatan secara online TANPA Facebook atau blog)


Jangka masa :
- 2 hari (kurang lebih 9 jam)


Harga :
- RM260.00


Cara bayaran tempahan :
(awal DUA hari)
- Bank in / Transfer ke akaun berikut :










Setelah pembayaran dibuat, sila kemukakan bukti pembayaran dengan menghantar gambar slip bank yang jelas dan maklumat peribadi (nama penuh dan nombor ic) ke Whatsapp --> Ol23123705 (Ahmad Zaki)

Sijil penyertaan diberi selepas tamat kursus.


Mana tempat nak belajar komputer di Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur ?



Macam mana nak dapat tempat untuk belajar komputer di Melaka, yang tidak ambil masa yang lama, tidak terlalu serius, belajar dalam keadaan santai dan belajar dengan kaedah "one to one" (personal coaching) di rumah?

Ya, anda telah benar-benar tiba di blog yang membantu anda secara betul untuk menguasai asas-asas komputer dan ICT.  ICT Niaga  adalah penganjur bagi Kelas Belajar Komputer Dan ICT dengan pengalaman pemiliknya lebih 10 tahun dalam bidang asas kepenggunaan komputer dan dunia ICT.  

Pemiliknya iaitu Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim merupakan Panel Penasihat Industri, Unifield International Collage (a.k.a Kolej Teknologi Yayasan Alor Gajah) untuk Diploma Sains Komputer (Multimedia) sejak tahun 2014.

Konsep utama untuk cara pengendalian kursus yang diamalkan di sini ialah "personal coaching" di rumah peserta sendiri. Pelajar (peserta) TIDAK dikumpulkan dalam satu kelas yang ramai orang. Hanya satu orang untuk satu sesi. Dengan cara ini, fokus dan penumpuan serta perhatian perserta kursus menjadi semakin tinggi dan mudah memahami apa yang diajarkan.  

Ia juga sesuai untuk peserta yang merasa segan untuk belajar secara ramai dalam satu sesi.

BELAJAR KOMPUTER JANGKA PENDEK SECARA PERSONAL COACHING DI RUMAH

Ia diajar dengan jangka pendek dan ia mengambil masa dalam 5 ke 6 jam untuk disudahkan.  Sesuai untuk mereka yang tidak gemar belajar dalam kelompok yang ramai dan yang tiada masa cuti yang panjang untuk mengikuti kursus komputer yang biasa diadakan di pekan atau bandar. 

Program ini membantu anda yang ingin belajar dengan lebih fokus, menjimatkan masa dengan harga yang rendah. 

Kawasan perkhidmatan adalah di kawasan terpilih sekitar Melaka,  Negeri Sembilan,  Selangor dan Kuala Lumpur.

BAYARAN :

-  RM330.00 sahaja.

Buat masa ini, hanya Kursus Asas Komputer sahaja yang diadakan.

Klik pautan ----> https://wa.me/message/YCKHBK6625QXN1 untuk mesej melalui Whatsapp bagi tempahan tarikh belajar dan mengetahui sama ada lokasi rumah anda terpilih atau tidak.


( Iklan ini telah dikemaskini pada 20 November 2023 )