Nak Belajar Komputer Tapi Tiada Banyak Masa?


Adakah anda merupakan lepasan SPM, pekerja kilang, suri rumah atau anda seorang yang ingin menambah ilmu sampingan untuk meningkatkan kerjaya atau sumber pendapatan?

Nak belajar sesuatu berkaitan komputer dan internet tetapi :

- sibuk bekerja, tiada masa untuk cuti panjang

- jadual waktu belajar tak sesuai, tidak kena dengan masa anda

- nak belajar tapi malu bercampur ramai dalam satu kelas

- yuran mahal, sangat terasa berat hati kalau nak keluar duit beratus-ratus ringgit


Tuan, puan, adik, abang dan kakak..., melalui Kelas Belajar Komputer Dan ICT, anjuran ICT Niaga Enterprise ( berada di Melaka ) , insha Allah masalah anda seperti di atas bukan lagi halangan untuk anda menuntut ilmu.  

Kursus-kursus yang diadakan di Kelas Belajar Komputer Dan ICT adalah :

- dijalankan secara jangka pendek
- cara pengajaran adalah menggunakan konsep "personal coaching". Satu sesi satu peserta sahaja.
- kadar yuran yang sangat berpatutan. Dah murah tau...
- sijil penyertaan diberi selepas tamat kursus.


Untuk menempah waktu (tarikh) belajar, anda boleh berbincang dengan  menghubungi :

Ahmad Zaki (Pengasas ICT Niaga Enterprise)  Ol2 3l2 37O5 (Call / Whatsapp)

Private Message di Facebook dengan "Like" Page :  Kelas Belajar Komputer Dan ICT

Untuk melihat senarai kursus yang dijalankan, sila klik pautan (link) berikut :

--->  http://kelas-ict.blogspot.my/p/senarai-kursus_17.html


Ok... Yuran dah murah... Masa fleksibel.... tapi kalau nak lagi diskaun...boleh ke?   Kalau berlaku kecemasan dan tak dapat datang ke hari yang dijanjikan, bagaimana?

JANGAN RISAU. Hubungi nombor telefon di atas dengan kaedah yang telah dinyatakan.  Hal kecil je tu..boleh bawa bincang...




^*^*^*^*^*^

Pesanan dari penganjur :

Saya merupakan usahawan sepenuh masa yang berpengkalan di Alor Gajah, Melaka.  Kursus jangka pendek yang dianjurkan diadakan menggunakan kemudahan di UTC Melaka (Jalan Hang Tuah). 

Temujanji atau perbincangan hendaklah dibuat terlebih dahulu di Whatsapp atau Facebook sebelum berkeinginan datang ke UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka.

Ahmad Zaki bin Abdul Rahim [ Ol2 3l2 37O5 ]
*Pengasas ICT Niaga Enterprise
*Panel Penasihat Industri, Unifield International College
*Penganjur Kelas Belajar Komputer Dan ICT
*Sub Dealer ONEXOX



BIODATA RINGKAS PENGANJUR / PENGAJAR

Kelas Belajar Komputer Dan ICT ini adalah program yang dijalankan oleh ICT Niaga Enterprise yang dimiliki oleh Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim iaitu bekas pelajar dan mahasiswa lepasan Giatmara Kota Melaka, Melaka dan Institut Teknologi Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Beliau telah lebih 10 tahun berpengalaman dalam bidang kepenggunaan komputer dan internet. Beliau juga merupakan Panel Penasihat Industri bagi Diploma Sains Komputer (Multimedia) untuk Unifield International College.

Program ini direka bagi memberi lebih pilihan dan kemudahan untuk masyarakat setempat mengetahui dan menguasai asas komputer dengan lebih cepat, lebih murah dan lebih santai.

Kursus ini dijalankan secara "personal coaching"
. Jumlah peserta yang sedikit akan memudahkan soal jawab serta lebih penumpuan berbanding dengan kursus di dalam kelas yang besar dengan berpuluh orang peserta.


Kenapa di sini lebih murah?
Murah kerana kos operasi telah berjaya dikurangkan. Penganjur tidak menyewa tempat yang mahal dan tidak menyediakan peralatan yang mewah tetapi cukup untuk para pelajar selesa dan santai untuk menuntut ilmu.



Tarikh kemaskini iklan : (09 Januari 2016)