Kursus Asas Komputer ( foreigner )



Kursus Asas Komputer ( foreigner ) adalah satu kursus jangka pendek yang disediakan khas untuk warga asing yang berada di Melaka. Ia diubahsuai dari kursus yang asal iaitu Kursus Asas Komputer tetapi disesuaikan untuk keperluan warga asing yang ada di Melaka yang berminat untuk mempelajari dasar (asas) penggunaan komputer dan internet.

Berikut adalah keterangan lanjut  :

Nama Kelas :  KURSUS ASAS KOMPUTER ( FOREIGNER )

Jangka masa kursus : 2 HARI ( 3 jam hari pertama, 2 jam hari kedua )
(Kelas dianjurkan antara hari Isnin hingga Ahad. Sila buat pilihan dan tempahan sekurangnya DUA HARI awal. Sesi pagi bermula pukul 10.00 pagi  dan sesi petang bermula pukul 2.00 petang)

Bayaran  :  RM150.00
(bayaran dua hari sebelum kursus bermula)

*pembayaran melalui bank-in, ATM Transfer atau Tunai sebelum kelas bermula.
*untuk pembayaran melalui bank-in dan ATM Transfer, sila rujuk pada page "CARA PEMBAYARAN"


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Subjek  :

- Pengenalan komputer & internet
  (cara penggunaan & penyelenggaraan asas)

- Perkakasan & perisian komputer
  *alatan : mengenali papan kekunci, tetikus, monitor & lain-lain
  *perisian : mengenali anti virus, microsoft office & lain-lain

- Penggunaan Microsoft Words dan Microsoft Excel
  (menaip surat, ubahsuai dokumen, membuat jadual / table)

- Penggunaan internet untuk mendapatkan maklumat semasa
  (membuka laman web berita, menyalin berita ke dalam dokumen)

Maklumat penting :

**Sijil akan diperolehi selepas tamat kursus

**Khas bagi mereka yang "baru" dalam penggunaan komputer serta yang berminat menambah pengetahuan.

**Sila buat pembayaran untuk mengesahkan tempahan sesi belajar ( sila klik Cara Pembayaran ).

**Kelas akan diadakan di Pusat ICT Melaka, Tingkat 6, Bangunan UTC Melaka, berdasarkan tempahan yang telah dibuat awal.

**Kursus ini diajar sendiri oleh Pengasas ICT Niaga Enterprise / Mantan Panel Penasihat Industri, Unifield International College

Tempahan Tarikh Kelas :

- Setiap hari (jika ada kekosongan)
- Jika UTC Melaka tidak cuti

Tarikh kemaskini iklan : (26 Disember 2018)