Belajar Komputer Berkonsepkan Personal Coaching


ICT Niaga Enterprise adalah perniagaan yang telah dijalankan sejak tahun 2007 telah mengadakan kursus jangka pendek belajar komputer berkonsepkan "personal coaching" ( bimbingan peribadi ). Ini bermaksud hanya seorang peserta sahaja untuk satu sesi yang akan diajar.

Ia sangat sesuai untuk mereka yang tidak selesa belajar dalam kalangan jumlah peserta yang ramai, kesuntukkan masa dan juga untuk mereka yang tidak suka belajar komputer terlalu lama.

Pengasas ICT Niaga Enterprise sendiri iaitu Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim yang menjadi tenaga pengajar untuk kursus ini.  Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kepenggunaan komputer dan internet, beliau yakin dapat membantu orang ramai khususnya rakyat di negeri Melaka untuk menguasai dan memiliki kemahiran peringkat asas dalam penggunaan komputer serta aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi.

Beliau juga merupakan Panel Penasihat Industri bagi Diploma Sains Komputer (Multimedia) untuk Unifield International College.

Untuk mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan melalui Kelas Belajar  Komputer Dan ICT, sila rujuk pada muka surat "Senarai Kursus"