Kursus ICT untuk usahawan desa dan kecil



Para peniaga atau usahawan pada zaman kini (terutamanya usahawan dari desa atau mereka yang berniaga secara kecil-kecilan) perlu segera mengubahkan strategi pemasaran dan pengiklanan bagi memastikan pelanggan lebih mudah untuk memilih produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dalam keselesaan mereka di rumah dengan mencari maklumat di internet.

Internet bukan lagi sekadar medan untuk hiburan, tetapi sebagai "kapal" untuk para usahawan berlayar lebih jauh dalam perniagaan.

Untuk tujuan itu, bagi membantu usahawan industri desa dan peniaga kecil-kecilan mempelajari caranya, maka ICT Niaga Enterprise melalui program Kelas Belajar Komputer Dan ICT, selaku penyedia kursus jangka pendek berkos rendah di Melaka telah menganjurkan kursus yang bersesuaian.

Tidak perlu fikirkan perkara rumit untuk melakukan perniagaan di internet, anda boleh mempelajarinya dengan lebih mudah... insha Allah.

Antara kursus yang sesuai untuk usahawan kecil / desa atau mereka yang baru dalam penggunaan internet untuk berniaga ialah :


***Klik tajuk kursus di bawah untuk maklumat lanjut***


*Kursus Asas Bina & Selenggara Blog

*Kursus PhotoScape

*Kursus Bisnes Affiliate Melalui Blog

*Kursus Asas Internet Marketing

*Kursus Asas Menjual Di Internet



^*^
Pesanan dari penganjur :

Saya merupakan usahawan sepenuh masa yang berpengkalan di Alor Gajah, Melaka.  Kursus jangka pendek yang dianjurkan diadakan menggunakan kemudahan di UTC Melaka (Jalan Hang Tuah). 

Temujanji atau perbincangan hendaklah dibuat terlebih dahulu di Whatsapp atau Facebook sebelum berkeinginan datang ke UTC Melaka, Jalan Hang Tuah, Melaka.


Yang benar,

 
Ahmad Zaki bin Abdul Rahim [ Ol2 3l2 37O5 ]

*Pengasas ICT Niaga Enterprise
*Panel Penasihat Industri, Unifield International College
*Penganjur Kelas Belajar Komputer Dan ICT
*Sub Dealer ONEXOX




Percuma kadsim ONEXOX dengan penyertaan Kursus Asas Komputer



Istimewa untuk bakal peserta kursus jangka pendek dalam program Kelas Belajar Komputer Dan ICT yang dianjurkan oleh ICT Niaga Enterprise, khasnya bagi Kursus Asas Komputer.

Jika anda membuat pembayaran penuh semasa tempahan awal, anda akan mendapat simcard ONEXOX secara percuma.

Promosi ini terhad kepada 5 orang yang pertama sahaja setiap bulan.

Untuk rujukan mengenai Kursus Asas Komputer serta maklumat pendaftaran, sila klik ---> Kursus Asas Komputer atau hubungi Ol23l237O5


Untuk rujukan mengenai ONEXOX, sila klik ---> Onexox Tanjung Rimau

Kursus Asas Komputer ( foreigner )



Kursus Asas Komputer ( foreigner ) adalah satu kursus jangka pendek yang disediakan khas untuk warga asing yang berada di Melaka. Ia diubahsuai dari kursus yang asal iaitu Kursus Asas Komputer tetapi disesuaikan untuk keperluan warga asing yang ada di Melaka yang berminat untuk mempelajari dasar (asas) penggunaan komputer dan internet.

Berikut adalah keterangan lanjut  :

Nama Kelas :  KURSUS ASAS KOMPUTER ( FOREIGNER )

Jangka masa kursus : 2 HARI ( 3 jam hari pertama, 2 jam hari kedua )
(Kelas dianjurkan antara hari Isnin hingga Ahad. Sila buat pilihan dan tempahan sekurangnya DUA HARI awal. Sesi pagi bermula pukul 10.00 pagi  dan sesi petang bermula pukul 2.00 petang)

Bayaran  :  RM150.00
(bayaran dua hari sebelum kursus bermula)

*pembayaran melalui bank-in, ATM Transfer atau Tunai sebelum kelas bermula.
*untuk pembayaran melalui bank-in dan ATM Transfer, sila rujuk pada page "CARA PEMBAYARAN"


------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Subjek  :

- Pengenalan komputer & internet
  (cara penggunaan & penyelenggaraan asas)

- Perkakasan & perisian komputer
  *alatan : mengenali papan kekunci, tetikus, monitor & lain-lain
  *perisian : mengenali anti virus, microsoft office & lain-lain

- Penggunaan Microsoft Words dan Microsoft Excel
  (menaip surat, ubahsuai dokumen, membuat jadual / table)

- Penggunaan internet untuk mendapatkan maklumat semasa
  (membuka laman web berita, menyalin berita ke dalam dokumen)

Maklumat penting :

**Sijil akan diperolehi selepas tamat kursus

**Khas bagi mereka yang "baru" dalam penggunaan komputer serta yang berminat menambah pengetahuan.

**Sila buat pembayaran untuk mengesahkan tempahan sesi belajar ( sila klik Cara Pembayaran ).

**Kelas akan diadakan di Pusat ICT Melaka, Tingkat 6, Bangunan UTC Melaka, berdasarkan tempahan yang telah dibuat awal.

**Kursus ini diajar sendiri oleh Pengasas ICT Niaga Enterprise / Mantan Panel Penasihat Industri, Unifield International College

Tempahan Tarikh Kelas :

- Setiap hari (jika ada kekosongan)
- Jika UTC Melaka tidak cuti

Tarikh kemaskini iklan : (26 Disember 2018)

Kursus Asas Komputer Semasa Ramadhan 2015


Untuk makluman bakal peserta, Kursus Asas Komputer dan kursus-kursus lain dijalankan seperti biasa sepanjang bulan Ramadhan ini, kecuali terdapat cuti umum.

Maka sempena bulan Ramadhan ini, semua kursus yang berlangsung selama dua hari boleh dipendekkan kepada sehari iaitu peserta mengambil sesi pagi yang bermula jam 9.00 pagi dan sesi petang bermula jam 2.00 petang dalam hari yang sama. Sijil penyertaan diperolehi selepas tamat kursus.

Syarat-syarat :

-Menempah tarikh awal dua hari dari tarikh yang dipilih
-Membuat bayaran separuh dari yuran sebagai penempahan kelas. (Yuran penuh RM180.00)
-Baki bayaran dibuat selepas tamat kursus (pada masa yang sama)
-Datang dengan minat dan keinginan untuk belajar.

Untuk pertanyaan, pendaftaran dan pembayaran, sila hubungi :

OI2 312 37O5 
(waktu panggilan 10.00 pagi - 5.00 petang)

Belajar komputer dengan mudah di Melaka


Assalamualaikum, Salam sejahtera...

Di Kelas Belajar Komputer Dan ICT, kami memudahkan urusan untuk anda mendapatkan pendidikan berkaitan dengan penggunaan komputer dan dunia ICT.  Kursus-kursus yang dijalankan di sini adalah sesuai untuk golongan pelajar serta mereka yang bekerja.

Dengan mendaftar di sini, anda akan memperolehi kursus berkaitan komputer dan ICT yang :

Fleksibel
-Anda boleh pilih hari dan masa yang sesuai. Kursus yang kami anjurkan adalah secara "Personal Coaching" (bimbingan peribadi). Oleh itu ia boleh diselaraskan mengikut kesesuai masa anda.

Mudah
-Urusan pendaftaran dan pembayaran tidak terlalu menyusahkan atau memeningkan fikiran anda. Dengan cara yang mudah difahami dan kos yang murah (berpatutan), anda boleh terus datang belajar walaupun tanpa pen dan kertas.

Cepat
-Kursus di sini tidak lama kerana anda diajar perkara yang paling utama dan penting sahaja.  Sesuai untuk anda yang sibuk dan bekerjaya.

Murah
-Kami menjimatkan masa belajar anda sekaligus menjimatkan duit anda.  Kami mengajar


Untuk maklumat lanjut, anda boleh melawati blog pendidikan kami atau hubungi melalui nombor telefon seperti yang tertera pada gambar di atas.


Pemilik Kelas Belajar Komputer Dan ICT serta ICT Niaga Enterprise iaitu Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim, boleh dihubungi melalui :

 

 


Harga Diskaun Belajar Komputer Lepasan SPM di Melaka


Peluang istimewa untuk lepasan SPM di Melaka. Anda diberi diskaun untuk mempelajari Kursus Asas Komputer apabila menyertai kelas di bawah kelolaan ICT Niaga Enterprise. 

Dengan silibus atau subjek yang mudah dikuasai serta cara pengajaran yang ringkas, cepat dan padat, insya Allah anda dapat memahami dan menguasai kemahiran asas komputer tanpa perlu masa yang lama.


( INI ADALAH KURSUS JANGKA PENDEK )



Personal coaching : Kursus Asas Komputer 16/03/2015


Peserta individu Kursus Asas Komputer,  Nur Liyana Binti Jaffar memulakan "personal coaching" anjuran Kelas Belajar Komputer Dan ICT pada 16/03/2015 hingga 17/03/2015.

Beliau merupakan pelajar lepasan SPM.

Personal coaching : Kursus Menjana Rezeki Melalui Blog 23/02/2015


Peserta ini dari Terengganu, seorang petugas di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu. Pada asalnya Puan Umi Khalsum ingin bercuti dan datang ke Melaka untuk menyertai Kursus Menjana Rezeki Melalui Blog, tetapi disaat akhir cutinya tidak dibenarkan oleh majikan.

Demi minat yang mendalam terhadap ilmu, beliau tetap meneruskan juga niat untuk belajar dengan penyertaan kursus ini melalui aplikasi Facebook dan Whatsapp.

Belajar Komputer Berkonsepkan Personal Coaching


ICT Niaga Enterprise adalah perniagaan yang telah dijalankan sejak tahun 2007 telah mengadakan kursus jangka pendek belajar komputer berkonsepkan "personal coaching" ( bimbingan peribadi ). Ini bermaksud hanya seorang peserta sahaja untuk satu sesi yang akan diajar.

Ia sangat sesuai untuk mereka yang tidak selesa belajar dalam kalangan jumlah peserta yang ramai, kesuntukkan masa dan juga untuk mereka yang tidak suka belajar komputer terlalu lama.

Pengasas ICT Niaga Enterprise sendiri iaitu Ahmad Zaki Bin Abdul Rahim yang menjadi tenaga pengajar untuk kursus ini.  Dengan pengalaman lebih 10 tahun dalam bidang kepenggunaan komputer dan internet, beliau yakin dapat membantu orang ramai khususnya rakyat di negeri Melaka untuk menguasai dan memiliki kemahiran peringkat asas dalam penggunaan komputer serta aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi.

Beliau juga merupakan Panel Penasihat Industri bagi Diploma Sains Komputer (Multimedia) untuk Unifield International College.

Untuk mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan melalui Kelas Belajar  Komputer Dan ICT, sila rujuk pada muka surat "Senarai Kursus"


Personal coaching : Kursus Asas Komputer 11/03/2015


Peserta individu Kursus Asas Komputer, NURATIKAH BINTI ROSNI yang memulakan bimbingan peribadi di Kelas Belajar Komputer Dan ICT dari 11/03/2015 hingga 12/03/2015.

Peserta kursus terkini : Ruzaidi Bin Abdul Razak


Peserta individu Kursus Asas Komputer yang bermula dari 07/02/2015 hingga 08/02/2015.


Peserta kursus terkini : Encik Kamil beserta isteri dan anaknya


Pada sesi kali ini, Encik Kamil (baju merah) beserta isteri dan anaknya telah menyertai Kursus Asas Komputer yang telah bermula pada 28 & 29 Januari 2015.

Kursus Asas Komputer dan lain-lain kursus yang ditawarkan di Kelas Belajar Komputer Dan ICT adalah dijalankan secara "Personal Coaching"

Peserta kursus terkini : Hjh Azizah dan Hj Abd Rahman


Peserta kursus anjuran Kelas Belajar Komputer Dan ICT yang ke tiga dan ke empat untuk tahun 2015. Mereka merupakan pasangan suami isteri.


Berikut merupakan maklumat ringkas peserta :



Nama : Hjh Azizah & Hj Abd Rahman

Kursus Yang Disertai : Kursus Asas Bina Dan Selenggara Blog (
Hjh Azizah)  |  Kursus Asas Komputer (Hj Abd Rahman)

Tarikh : 13 & 14 Januari 2015

Peserta kursus anjuran KBKI dari Kuala Lumpur


Peserta kursus yang ke dua dalam tahun 2015 dari Kuala Lumpur. Kursus anjuran Kelas Belajar Komputer Dan ICT. Beliau mengambil dua kursus dalam masa dua hari.  Beliau berkunjung ke Melaka dan menginap di salah sebuah hotel yang terdapat di Jalan Hang Tuah, Melaka.

Berikut adalah butiran peserta :

Nama : Norazlan Bin Mohd Nordin

Kursus Yang Disertai : Kursus Asas Publisher & Kursus Asas Bina Dan Selenggara Blog

Tarikh : 10 - 11 Januari 2015


Kursus yang dianjurkan adalah kursus persendirian di mana ianya khusus untuk mereka yang ingin lebih fokus kepada kursus yang telah dipilih.