Peluang menjadi ejen komisyen Kelas Belajar Komputer Dan ICT


Buat pertama kalinya, ICT Niaga Enterprise selaku penganjur dan pelaksana kursus berkaitan komputer di dalam program Kelas Belajar Komputer Dan ICT telah membuka tawaran kepada mereka berminat untuk menjadi ejen komisyen bagi kursus yang dijalankan.

Berikut adalah nama kursus yang perlu ejen promosikan beserta dengan jumlah komisyen yang diberikan :

Kursus Asas Komputer
  • Komisyen : RM15.00
Kursus Asas Menjual Di Internet
  • Komisyen : RM10.00
Kursus Asas Bina Dan Selenggara Blog
  • Komisyen : RM15.00
Kursus Asas Microsoft Office Publisher
  • Komisyen : RM10.00
Kursus Asas Microsoft Office Word
  • Komisyen : RM10.00

Syarat-syarat menjadi ejen :


1) PENDAFTARAN 
a) Untuk menjadi Ejen, anda boleh mendaftar dengan menghantar mengisi borang pendaftaran ejen yang hanya boleh di dapati secara temujanji. 
b) Ejen yang bukan dari bekas peserta dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM20.00 (sekali bayar sahaja)
c) Bekas peserta kursus adalah sangat digalakkan untuk menjadi ejen dan menjadi ejen secara automatik.

2) KAEDAH PROMOSI
a) Setelah menjadi ejen, setiap promosi mencari pelajar adalah berdasarkan senarai kursus dan harga yang ditetapkan.  
b) Setiap bakal pelajar yang dibawa (diperkenalkan) akan mendapat nilai komisyen tertentu berdasarkan jumlah yang telah ditetapkan mengikut jenis kursus yang dipilih.
c) Komisyen akan diterima secara tunai atau bank-in selepas peserta telah membuat bayaran deposit kepada penganjur.
d) Tugas ejen adalah mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan dan membawa atau mengarahkan  peserta berjumpa penganjur untuk mengisi borang penyertaan. 

3) PERINGATAN
a) Ejen mestilah mematuhi harga yuran pendaftaran kursus seperti yang ditetapkan. 
b) Sebarang bentuk ubahsuai isi kandungan iklan adalah dilarang.
c) Ejen tidak dibenarkan menerima bayaran dari peserta. 


Untuk mendapatkan borang pendaftaran ejen, sila buat temujanji dengan berjumpa dengan pemilik ICT Niaga Enterprise. Maklumat perhubungan adalah seperti di bawah :

Ahmad Zaki  
(012 312 3705)
Jalan Hang Tuah, Melaka

   

 
Selamat Berjaya....