Kursus Asas Aplikasi Internet


Nama Kelas KURSUS ASAS APLIKASI INTERNET

Jangka masa kursus : 1 HARI ( 2 jam  )
(Kelas dianjurkan antara hari Isnin hingga Ahad. Sila buat pilihan dan tempahan sekurangnya DUA HARI awal. Sesi pagi bermula pukul 9.30 pagi  dan sesi petang bermula pukul 2.00 petang.

*Bayaran  :  RM80.00
(bayaran dua hari sebelum kursus bermula)

*untuk pembayaran melalui bank-in dan ATM Transfer, sila rujuk pada page "CARA PEMBAYARAN"

Klik "Baca Lagi" di bawah untuk melihat penerangan lanjut.....

Belajar Komputer Sempena CUTI SEKOLAH


Kelas Belajar Komputer Dan ICT akan mengadakan kursus jangka pendek khas untuk pelajar-pelajar sekolah sempena cuti sekolah seperti butiran berikut:-

Nama Kelas KURSUS ASAS KOMPUTER 

Umur : 15 hingga 17 Tahun ( juga dibuka pendaftaran sehingga umur 45 tahun ) 

Jangka masa kursus2 HARI ( 3 jam hari pertama, 3 jam hari kedua ) 

(Kelas dianjurkan antara hari Isnin hingga Ahad. Sila buat pilihan dan tempahan sekurangnya DUA HARI awal. Sesi pagi bermula pukul 9.30 pagi  dan sesi petang bermula pukul 2.30 petang, kecuali Jumaat yang hanya bermula pada petang) 

*Bayaran  :  RM100.00 (harga asal RM180.00)

(bayaran DUA HARI sebelum kursus bermula)
*pembayaran melalui bank-in, ATM Transfer atau Paypal sebelum kelas bermula

Subjek  :
- pengenalan komputer & internet
  (cara penggunaan & penyelenggaraan asas)


- perkakasan & perisian komputer
  *alatan : mengenali papan kekunci, tetikus, monitor & lain-lain
  *perisian : mengenali anti virus, microsoft office & lain-lain


- penggunaan Microsoft Words, Power Point & Publisher
  (menaip surat, ubahsuai dokumen, persembahan elektronik dan membuat helaian iklan)


Maklumat penting

**Sijil akan diperolehi selepas tamat kursus 

**Khas bagi mereka yang "baru" dalam penggunaan komputer serta yang berminat menambah pengetahuan. 

**Sila buat pembayaran untuk mengesahkan tempahan sesi belajar ( sila klik Cara Pembayaran ). Untuk harga diskaun sila bayar penuh. 

**Kelas akan diadakan di Pusat ICT Melaka, Tingkat 6, Bangunan UTC Melaka 

**Kursus ini disokong oleh Kelab Usahawan GIATMARA Melaka 

Alamat Penganjur :

ICT Niaga Enterprise
(Kelab Usahawan GIATMARA Melaka)
Tingkat 4 Kompleks Hang Tuah,
Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka.

012 312 tiga tujuh kosong lima (Ahmad Zaki)
(Hanya untuk mereka yang serius dan benar-benar ingin mendaftar dan MEMBAYAR sahaja yang dilayan)
 

Tempahan Tarikh Kelas : 

- Setiap hari (mengikut jadual dan kekosongan) 

- Anda juga boleh hubungi saya di FanPage Facebook dengan klik logo Facebook di sebelah atas kanan blog ini, kemudian klik like bagi membolehkan anda menghantar mesej kepada saya.


Sila salin gambar kupon dibawah pada telefon anda dan tunjukkan semasa datang berkursus :


Peluang menjadi ejen komisyen Kelas Belajar Komputer Dan ICT


Buat pertama kalinya, ICT Niaga Enterprise selaku penganjur dan pelaksana kursus berkaitan komputer di dalam program Kelas Belajar Komputer Dan ICT telah membuka tawaran kepada mereka berminat untuk menjadi ejen komisyen bagi kursus yang dijalankan.

Berikut adalah nama kursus yang perlu ejen promosikan beserta dengan jumlah komisyen yang diberikan :

Kursus Asas Komputer
  • Komisyen : RM15.00
Kursus Asas Menjual Di Internet
  • Komisyen : RM10.00
Kursus Asas Bina Dan Selenggara Blog
  • Komisyen : RM15.00
Kursus Asas Microsoft Office Publisher
  • Komisyen : RM10.00
Kursus Asas Microsoft Office Word
  • Komisyen : RM10.00

Syarat-syarat menjadi ejen :


1) PENDAFTARAN 
a) Untuk menjadi Ejen, anda boleh mendaftar dengan menghantar mengisi borang pendaftaran ejen yang hanya boleh di dapati secara temujanji. 
b) Ejen yang bukan dari bekas peserta dikenakan yuran pendaftaran sebanyak RM20.00 (sekali bayar sahaja)
c) Bekas peserta kursus adalah sangat digalakkan untuk menjadi ejen dan menjadi ejen secara automatik.

2) KAEDAH PROMOSI
a) Setelah menjadi ejen, setiap promosi mencari pelajar adalah berdasarkan senarai kursus dan harga yang ditetapkan.  
b) Setiap bakal pelajar yang dibawa (diperkenalkan) akan mendapat nilai komisyen tertentu berdasarkan jumlah yang telah ditetapkan mengikut jenis kursus yang dipilih.
c) Komisyen akan diterima secara tunai atau bank-in selepas peserta telah membuat bayaran deposit kepada penganjur.
d) Tugas ejen adalah mempromosikan kursus-kursus yang ditawarkan dan membawa atau mengarahkan  peserta berjumpa penganjur untuk mengisi borang penyertaan. 

3) PERINGATAN
a) Ejen mestilah mematuhi harga yuran pendaftaran kursus seperti yang ditetapkan. 
b) Sebarang bentuk ubahsuai isi kandungan iklan adalah dilarang.
c) Ejen tidak dibenarkan menerima bayaran dari peserta. 


Untuk mendapatkan borang pendaftaran ejen, sila buat temujanji dengan berjumpa dengan pemilik ICT Niaga Enterprise. Maklumat perhubungan adalah seperti di bawah :

Ahmad Zaki  
(012 312 3705)
Jalan Hang Tuah, Melaka

   

 
Selamat Berjaya....

Kursus Asas Internet Marketing


Keperluan pemasaran yang menggunakan internet sebagai media perantara terus kepada bakal pelanggan amat penting walaupun sesebuah perniagaan itu berskala kecil atau masih baru.

Dengan mencipta dan membawa jenama ke dalam internet, ia akan merangsang lagi perkembangan sesuatu perniagaan untuk menyedarkan bakal pelanggan atau pembeli akan kewujudan entiti perniagaan berkenaan.

Oleh itu pihak ICT Niaga Enterprise telah mencipta kursus jangka pendek khas untuk usahawan kecil dan baru.  Kursus ini sangat penting bagi membantu para usahawan berkenaan dalam menghadapi masa kritikal dalam pemasaran jenama dan perniagaan yang sedang dijalankan.


Nama Kelas KURSUS ASAS INTERNET MARKETING

Jangka masa kursus : 3 HARI ( Lebih Kurang : 2 jam x 3 hari )
(Sila buat pilihan dan tempahan sekurangnya DUA HARI AWAL. Sesi pagi bermula pukul 9.30 pagi  dan sesi petang bermula pukul 2.00 petang)

Subjek  :

- Pengenalan
  (maksud Internet Marketing)

- Penyediaan sebelum mulakan internet marketing
  *Barang atau khidmat untuk diniagakan
  *Mencipta jenama
  *Medium pemasaran di internet : Blog, Facebook, Youtube, Wechat, Instagram
    - Membuat akaun untuk Blog, Facebook & Youtube khas untuk perniagaan 

- Lokasi yang sesuai untuk gerak kerja internet marketing

- Etika atau moral dalam membuat pemasaran di internet


Bayaran  :  RM250.00
(bayaran sebelum kursus bermula)
pembayaran secara tunai, bank-in atau ATM Transfer

 

 atau




*PERHATIAN :
-Jika ada mempunyai laptop, anda digalakkan membawanya untuk digunakan sebagai latihan dan akan mendapat khidmat servis secara percuma.

-Lebih baik dan digalakkan jika ada membawa bersama produk atau maklumat perkhidmatan yang ingin diperkenalkan dan dipromosikan ke dalam internet.

Maklumat penting :

**Sijil akan diperolehi dalam masa 3 hari bekerja selepas tamat kursus

**Khas bagi mereka yang baru dalam perniagaan atau peniaga kecil yang ingin meluaskan pemasaran.
**Sila buat pembayaran untuk mengesahkan tempahan sesi belajar ( sila klik Cara Pembayaran ). Untuk harga diskaun sila bayar penuh.

**Kelas akan diadakan di Pusat ICT Melaka, Tingkat 6, Bangunan UTC Melaka atau di pejabat urusan ICT Niaga Enterprise

**Kursus ini disokong oleh Kelab Usahawan GIATMARA Melaka




Alamat Penganjur :

ICT Niaga Enterprise,
Batu 20 1/4,
Tanjung Rimau Dalam,
78000 Alor Gajah, Melaka.

012 312 tiga tujuh kosong lima (Ahmad Zaki)
(Hanya untuk mereka yang serius dan benar-benar ingin mendaftar dan MEMBAYAR sahaja yang dilayan)

Tempahan Tarikh Kelas :

- Mana-mana hari yang sesuai

- Anda juga boleh hubungi saya di FanPage Facebook dengan klik logo Facebook di sebelah atas kanan blog ini, kemudian klik like bagi membolehkan anda menghantar mesej kepada saya.



Untuk maklumat kursus lain yang ditawarkan, sila klik :
"SENARAI KURSUS



Tarikh kemaskini iklan : (21 September 2015)

Kursus Asas Baikpulih Sistem Komputer : (Format - Install - Selenggara)


Ramai pengguna komputer akan mempunyai persoalan sama ada komputer mereka perlu diformat atau tidak. Pada asasnya, format komputer sebenarnya ialah memformat cakera keras (hard disk) dengan memadam dan menukar sistem pengoperasiannya kepada salinan yang lain.

Beberapa sebab memerlukan kepada tindakkan memformat komputer ialah :
  • Sistem komputer seringkali "hang" atau "lembab / lambat" melaksanakan arahan sekalipun beberapa software telah dinya-pasang (uninstall).
  • Serangan virus yang nyata seperti fail atau dokumen menjadi "shortcut", hilang dan gagal dibuka.
  • Anda ingin meningkat-upaya sistem komputer anda dengan menukar sistem operasi yang lebih baik, contohnya dari Windows XP kepada Windows 7.
Maka pihak kami telah membuat keputusan untuk mewujudkan dan menganjurkan kursus yang berkaitan seperti maklumat berikut :


Nama Kelas KURSUS ASAS  BAIKPULIH SISTEM KOMPUTER : (Format - Install - Selenggara)

Jangka masa kursus : 1 HARI ( 3 hingga ke 5 jam )
(Kelas dianjurkan antara hari Sabtu hingga Ahad. Sila buat pilihan dan tempahan sekurangnya DUA HARI awal. Sesi pagi bermula pukul 10.30 pagi  dan sesi petang bermula pukul 3.00 petang, kecuali Jumaat yang hanya bermula pada petang)

Bayaran  :  RM250.00

(bayaran deposit tempahan RM100.00 pada dua hari sebelum kursus bermula)

*pembayaran melalui bank-in atau ATM Transfer

*sila rujuk pada page " CARA PEMBAYARAN "


*PERHATIAN :
- Anda perlu membawa laptop atau personal computer sendiri sebagai komputer latihan untuk memformat dan selenggara


Maklumat penting :

**Sijil akan diperolehi selepas tamat kursus

**Khas bagi mereka yang "baru" dalam penggunaan komputer serta yang berminat menambah pengetahuan.

**Sila buat pembayaran untuk mengesahkan tempahan sesi belajar.

**Kelas akan diadakan di Pusat ICT Melaka, Tingkat 6, Bangunan UTC Melaka, berdasarkan tempahan yang telah dibuat awal.

**Kursus ini diajar sendiri oleh Pengasas ICT Niaga Enterprise / Mantan Panel Penasihat Industri, Unifield International College

Tempahan Tarikh Kelas :

- Setiap hari (jika ada kekosongan)
- Jika UTC Melaka tidak cuti


Tarikh kemaskini iklan : (29 Januari 2019)

JIMATKAN MASA kursus komputer di Melaka


ICT Niaga Enterprise melalui program Kelas Belajar Komputer Dan ICT telah dianjurkan sejak tahun 2010 dan berpengalaman menganjurkan kursus berkaitan komputer anjuran bersama Giatmara Melaka.

Dengan penganjuran terkini, yang disokong oleh Kelab Usahawan Giatmara Melaka, Kelas Belajar Komputer Dan ICT dapat menjimatkan masa belajar anda dengan penganjuran kursus jangka pendek.  Anda tidak perlu berbulan lamanya untuk belajar asas komputer hanya untuk perkara yang sama berulang-ulang.

Oleh itu, kursus komputer jangka pendek ini direka khas bagi anda yang ingin mempelajaran asas dalam penggunaan komputer dan ICT tetapi mempunyai masa yang terhad.  Maka anda amat dialu-alukan untuk menyertai Kelas Belajar Komputer Dan ICT anjuran ICT Niaga Enterprise dengan disokong oleh Kelab Usahawan Giatmara Melaka.

Terdapat juga kursus khas untuk para usahawan kecil-kecilan atau usahawan baru untuk mempromosikan barangan dan perkhidmatan ke internet.

Untuk mengetahui kursus-kursus yang ditawarkan, sila klik perkataan di bawah ini :



Jadual kursus semasa bulan Ramadhan 2014

 

Kepada bekas peserta dan mereka yang bakal menyertai kursus...

Pada bulan Ramadhan 2014 nanti, semua kelas atau kursus tetap diadakan. Waktu kursus akan bermula pada jam 10.30 pagi untuk sesi pagi.  Manakala untuk sesi petang bermula pada jam 3.00 petang. Ia diadakan setiap hari Sabtu dan Ahad.  Sila buat tempahan kursus DUA HARI lebih awal.

Jika anda dari negeri lain dan datang bercuti di Melaka sempena musim cuti raya nanti, juga dialu-alukan untuk menyertai sebarang kursus yang ditawarkan. Sila rujuk pada ruangan "SENARAI KURSUS"


*Nota :
- Jika anda ingin belajar komputer pada malam raya pun boleh diaturkan dengan syarat beritahu awal-awal...
- Kelas dan kursus dijalankan berdasarkan temu janji sahaja.


Kursus Asas Menjual Di Internet



Kursus yang diwujudkan ini adalah khas untuk mereka yang belum pernah menjual di internet

Jika sebelum ini anda mungkin sudah mengetahui serba sedikit mengenai penggunaan Facebook dan blog sebagai cara membuat promosi jualan atau perkhidmatan, namun ada lagi kaedah lain yang telah wujud lebih awal dari Facebook.

Ada landasan yang boleh digunakan untuk anda membuat promosi tanpa memerlukan Facebook atau laman web.

Jika teknik ini digunakan dengan betul dan cara pengiklanan yang nampak kemas, tidak mustahil anda sudah boleh berjaya dengan membuat jualan online tanpa kos permulaan yang besar.

Klik "Baca Lagi" di bawah untuk melihat penerangan lanjut.....

Kursus Membuat Akaun Facebook & E-mel Untuk Kali Pertama

http://kelas-ict.blogspot.com 

Facebook telah menjadi suatu fenomena dan kegilaan para pengguna internet. Sejak dicipta pada 4 Februari 2004 di Cambridge, Massachusetts, Amerika Syarikat, jenama laman web sosial itu semakin berkembang dan kelihatan semakin kukuh dengan pembaharuan yang sentiasa dibuat bagi memastikan kelangsungan ia dalam arena internet serata dunia.

Facebook telah membuat langkah paling berani yang pernah diputuskan dalam perniagaannya, apabila membeli "WhatsApp" iaitu perkhidmatan mesej mudah alih dalam perjanjian bernilai kira-kira $ US19 bilion ($ 21 bilion) dalam bentuk tunai dan saham.

Manakala mel elektronik, biasanya dirujuk sebagai e-mail atau e-mel sejak 1993, adalah kaedah bertukar-tukar mesej digital dari penulis kepada satu atau lebih penerima. E-mel moden beroperasi di seluruh Internet atau rangkaian komputer lain.

Para pengguna internet menggunakan emel dan Facebook untuk pelbagai tujuan seperti hal-hal peribadi, pendaftaran pekerjaan, hiburan dan memperomosikan perniagaan.

Klik "Baca Lagi" di bawah untuk melihat penerangan lanjut.....

Promosi BR1M : 2 kursus asas dalam 1 harga

Bersempena dengan BR1M (Bantuan Rakyat 1 Malaysia) yang akan diterima pada 22 Februari 2014 dan sesetengahnya pada 23 Februari 2014, Kelas Belajar Komputer & Internet (KBKI) membuat promosi penjimatan khas pada kursus yang dijalankan.

Jika sebelum ini harga bagi kursus subjek tunggal seperti Kursus Asas Microsoft Office Word, Kursus Asas Microsoft Office Publisher dan Kursus PhotoScape berjumlah RM65.00 setiap satu, kini dalam pakej penjimatan, anda hanya perlu bayar RM80.00 untuk pilihan dua kursus seperti yang dinyatakan di atas.

Kursus ini berjalan selama 3 hari dan disokong oleh Kelab Usahawan Giatmara Melaka. Setelah tamat anda akan mendapat sijil penyertaan.

**Sila bawa atau sediakan komputer ( laptop / notebook / netbook / CPU ) sendiri.

Alamat tempat berkursus :

ICT Niaga Enterprise,
Kelab Usahawan Giatmara Melaka,
Tingkat 4.2,
Arked Jalan Hang Tuah (Kompleks Hang Tuah),
75300 Melaka.

Jika berminat, sila telefon 0l23l237O5 (Ahmad Zaki) untuk menempah tarikh kelas individu, kemudian buat pembayaran segera RM80.00 secara bank-in pada nombor akaun :


Kemudian sila hantar sms berkenaan maklumat berikut :

-Nama Penuh
-Jumlah bayaran
-Masa bayaran
-Tarikh bayaran

Selepas bayaran disahkan, anda boleh memulakan pelajaran pada tarikh yang dibincangkan.  Promosi dijalankan sehingga 12 Mac 2014.

Kursus PhotoScape


PhotoScape adalah program penyuntingan grafik yang ringkas tetapi menarik, dibangunkan oleh MOOII Tech, Korea. Konsep asas PhotoScape adalah 'mudah dan menyeronokkan', jadi yang membolehkan pengguna dengan mudah mengedit gambar yang diambil melalui kamera digital atau telefon mudah alih di pc dekstop mahupun notebook serta laptop.  

PhotoScape menyediakan antara muka pengguna yang mudah untuk melaksanakan penambahbaikan foto biasa termasuk pelarasan warna, memotong, saiz semula, animasi GIF dan mencantikkan gambar.

Kelas Belajar Komputer dan ICT telah menyediakan kursus subjek tunggal serta memberikan anda peluang untuk mempelajari perisian PhotoScape.

Malah hanya dengan menyertai kursus jangka pendek ini, anda sudah boleh membuat sendiri rekaan gambar digital dalam bentuk yang lebih menarik perhatian para pelawat blog atau laman web anda atau sesiapa sahaja yang membaca helaian iklan anda

Klik "Baca Lagi" di bawah untuk melihat penerangan lanjut.....

Kepentingan name card dan brochure

 

Name card dan business card yang dalam bahasa Melayunya dipanggil kad nama dan kad perniagaan serta brochure iaitu risalah, adalah salah satu kaedah yang boleh dikatakan tradisional namun masih ada keperluannya di zaman kini.  

Ia sebagai "tiket" untuk memulakan perbualan dan diberikan kepada kelompok sasaran anda sebagai sokongan tambahan pengenalan diri bagi tujuan tertentu terutamanya bagi mereka yang menjalankan perniagaan walaupun perniagaan sekecil manapun hatta si penjual apam balik, penjual pisang goreng dan nasi lemak perlu juga memilikinya.

Jika digunakan pada waktu yang tepat, ia memudahkan kita untuk saling berhubung dengan memberikan maklumat berkenaan dengan perniagaan atau jawatan kita. Ia juga memudahkan kita menyimpan maklumat tentang pelanggan, pembekal, kawan, peniaga, atau sesiapa sahaja  yang dirasakan perlu diingati atau dihubungi kemudian hari.

Bagi ahli perniagaan, ianya adalah salah satu cara promosi jangka panjang juga jangka pendek serta memudahkan para pelanggan atau bakal pelanggan untuk menghubungi pemilik perniagaan kembali. Potensi kecemerlangan diri dan perniagaan anda bermula dari sekeping kertas!.

Oleh itu ICT Niaga Enterprise melalui blog Kelas Belajar Komputer Dan ICT, menawarkan kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari cara merekabentuk kad nama atau kad bisnes juga risalah dengan menggunakan perisian Microsoft Office Publisher.

Perisian ini biasanya sudah ada di dalam komputer anda kerana ia merupakan pakej yang terdapat dalam Microsoft Office yang turut mengandungi perisian lain seperti Word, Power Point dan Excel.

Untuk maklumat lanjut, sila klik Kursus Asas Microsoft Office Publisher

Kursus Asas Microsoft Office Publisher

Microsoft Office Publisher adalah program penerbitan perniagaan yang membantu anda mencipta, reka bentuk, dan menerbitkan bahan-bahan pemasaran dan komunikasi profesional. Anda boleh membuat bahan-bahan untuk cetak, e-mel, dan web dengan persekitaran tugas berasaskan intuitif yang membimbing anda membuat kerja-kerja rekaan yang telah dipermudahkan dengan panduan yang disediakan pada halaman kerja.

Kelas Belajar Komputer dan ICT telah menyediakan kursus subjek tunggal serta memberikan anda peluang untuk mempelajari perisian Microsoft Office Publisher.  Malah hanya dengan menyertai kursus jangka pendek ini, anda sudah boleh membuat sendiri rekaan kad nama atau kad perniagaan (business card) dan helaian iklan (flyers advertisment).

Klik "Baca Lagi" di bawah untuk melihat penerangan lanjut.....