Perkara positif mempelajari penggunaan komputer


Komputer merupakan media yang sangat popular saat ini. Komputer bukan sahaja dalam bentuk laptop atau komputer seperti di rumah mahupun pejabat, ia sebenarnya ada di dalam mana-mana peralatan elektronik seperti telefon pintar dan televisyen yang mempunyai fungsi canggih.

Masih ada orang yang meremehkan teknologi komputer kerana mereka "malas" berusaha untuk memahaminya dan mereka tidak cuba melihat seberapa besar manfaat yang boleh diperolehi dengan mempelajari komputer.  Biasanya faktor geografi iaitu tinggal di kawasan kampung, faktor usia yang sudah "tua" dan "sekolah" tak tinggi menjadi tembok yang menghalang mereka ini dari mengenali komputer dengan lebih mendalam.

Beberapa orang mempunyai tanggapan yang negatif terhadap komputer , mungkin hal itu disebabkan oleh beberapa faktor seperti para remaja yang menghabiskan waktunya berjam- jam hanya untuk bermain game di depan komputer, data -data yang hilang begitu atau rosak disebabkan virus dan lain-lain. Namun, ada begitu banyak
manfaat serta perkara positif yang boleh didapati daripada mempelajari komputer.

Berikut adalah beberapa manfaat hasil mempelajari penggunaan komputer : 


1.Meningkatkan taraf hidup : Teknologi komputer dapat membantu rakyat dalam pelbagai jenis pekerjaan seperti suri rumah, usahawan, kerani, eksekutif, polis, ahli politik, doktor, artis dan yang lain. Teknologi akan sangat membantu bagi setiap pekerjaan. Tanpa teknologi , individu tersebut akan ketinggalan daripesaingnya.
 
2.
Boleh menggunakan internet secara berkesan : Begitu banyak perkara yang boleh dilakukan menggunakan media internet yang dapat menggabungkan rangkaian di seluruh dunia. Internet boleh membantu anda untuk mencari maklumat, mendapatkan berita terbaru , mencari gambar hingga mendapatkan wang.

3.Boleh meningkat-upaya sistem : Perkakasan dan perisian yang baru kerap diciptakan dan makin meningkat. Jika tidak dapat dan tidak faham mengenai kemas kini sistem , bagaimana mampu untuk terus mengikuti perkembangan teknologi yang baru? 


4.Boleh melindungi komputer dari pelbagai serangan : Virus, Spam , Hacker dan para penyerang komputer saat ini berleluasa di mana-mana dan pada bila-bila masa boleh menyerang komputer tanpa disedari . Jika dapat memahami cara untuk menghindarinya , maka resiko kemungkinan komputer dijangki virus atau diserang oleh penggodam adalah rendah. 

5.Dapat mengatasi permasalahan umum komputer : Permasalahan-permasalahan kecil yang sering terjadi di komputer dapat diselesaikan dengan sendiri seperti kabel power putus, papan kekunci atau tetikus rosak dan komputer berhabuk.


************************************************


Untuk mempelajari penggunaan komputer dan menguasai asas komputer dengan lebih tepat,cepat dan murah, sila klik perkataan berikut :