Promosi bayar yuran kursus komputer dengan makanan


ICT Niaga Enterprise melalui Kelas Belajar Komputer Dan ICT melancarkan promosi sempena hujung tahun 2013 dan awal tahun 2014 iaitu "Promosi Menukar Makanan Kepada Ilmu Komputer".

Antara kursus yang termasuk dalam program promosi ini ialah Kursus Asas Microsoft Office Word, Kursus Asas Komputer, Kursus Asas Bina Dan Selenggara Blog.  Yang menariknya mengenai kursus ini, anda boleh menukarkan nilai bayaran kursus dengan nilai makanan seperti beras, roti, sardin dan sebagainya pada kadar nilai separuh daripada jumlah bayaran kursus.

Contohnya sekiranya harga kursus yang dipilih bernilai RM120.00, anda hanya perlu membayar dengan makanan yang pelbagai jenis, berjumlah RM60.00 sahaja. Satu tawaran yang sangat berbaloi dan sangat jarang dijumpai dalam abad ini dan ianya hanya terdapat di Melaka sahaja atau lebih tepat lagi di ICT Niaga Enterprise.

Tetapi jika kursus berkenaan adalah bawah dari pada RM100.00, nilai pertukaran tidak berubah. Contohnya jika kursus bernilai RM60.00, nilai barangan makanan mestilah RM60.00 juga.

Promosi ini bermula dari awal bulan Disember 2013 hingga akhir bulan Januari 2014.  Jika sambutan menggalakkan, ia mungkin akan diteruskan pada bulan berikutnya.

Usah leka..., jangan tak peduli... Peluang begini datang jarang sekali...

REBUT PELUANG INI SEBELUM IANYA TAMAT...!!!

TEMPAH TEMPAT DAN JADUAL ANDA SEKARANG..!!! :

Nombor Telefon untuk dihubungi :

Ahmad Zaki - o123I2 37o5
(Pengasas ICT Niaga Enterprise)

  • Sijil penyertaan akan diberi dalam masa 5 hari bekerja
  • Program ini disokong oleh Kelab Usahawan Giatmara Melaka


PERHATIAN !
  • SILA sms dahulu 5 minit sebelum membuat panggilan dengan menyatakan pengenalan diri serta tujuan call yang akan dibuat. (10.00 pagi hingga 6.00 petang)
  • Call tanpa sms kemungkinan panggilan tidak dijawab dengan segera.

Kursus Menjana Pendapatan Melalui Bisnes Affiliate



Affiliate" di dalam bisnes secara ringkasnya membawa erti menjadi ejen kepada seseorang atau syarikat tertentu dalam mempromosikan produk dan perkhidmatan.

Tiap jualan yang datang dari hasil kerja promosi yang dilakukan  oleh ejen akan diberikan komisyen atau insentif berdasarkan terma dan syarat tertentu.

Peserta bakal diajar kaedah "mencari dan menjana" rezeki melalui konsep affiliate yang tulen dan sah melalui undang-undang negara.

Selain itu, melalui kursus ini, peserta diberitahu mengenai medium pemasaran untuk menyokong bisnes affiliate yang anda sertai tanpa perlu kos yang besar. Sesuai untuk orang yang baru berjinak-jinak dengan jualan dan promosi online.

Klik "Baca Lagi" di bawah untuk melihat penerangan lanjut.....

Perkara positif mempelajari penggunaan komputer


Komputer merupakan media yang sangat popular saat ini. Komputer bukan sahaja dalam bentuk laptop atau komputer seperti di rumah mahupun pejabat, ia sebenarnya ada di dalam mana-mana peralatan elektronik seperti telefon pintar dan televisyen yang mempunyai fungsi canggih.

Masih ada orang yang meremehkan teknologi komputer kerana mereka "malas" berusaha untuk memahaminya dan mereka tidak cuba melihat seberapa besar manfaat yang boleh diperolehi dengan mempelajari komputer.  Biasanya faktor geografi iaitu tinggal di kawasan kampung, faktor usia yang sudah "tua" dan "sekolah" tak tinggi menjadi tembok yang menghalang mereka ini dari mengenali komputer dengan lebih mendalam.

Beberapa orang mempunyai tanggapan yang negatif terhadap komputer , mungkin hal itu disebabkan oleh beberapa faktor seperti para remaja yang menghabiskan waktunya berjam- jam hanya untuk bermain game di depan komputer, data -data yang hilang begitu atau rosak disebabkan virus dan lain-lain. Namun, ada begitu banyak
manfaat serta perkara positif yang boleh didapati daripada mempelajari komputer.

Berikut adalah beberapa manfaat hasil mempelajari penggunaan komputer : 


1.Meningkatkan taraf hidup : Teknologi komputer dapat membantu rakyat dalam pelbagai jenis pekerjaan seperti suri rumah, usahawan, kerani, eksekutif, polis, ahli politik, doktor, artis dan yang lain. Teknologi akan sangat membantu bagi setiap pekerjaan. Tanpa teknologi , individu tersebut akan ketinggalan daripesaingnya.
 
2.
Boleh menggunakan internet secara berkesan : Begitu banyak perkara yang boleh dilakukan menggunakan media internet yang dapat menggabungkan rangkaian di seluruh dunia. Internet boleh membantu anda untuk mencari maklumat, mendapatkan berita terbaru , mencari gambar hingga mendapatkan wang.

3.Boleh meningkat-upaya sistem : Perkakasan dan perisian yang baru kerap diciptakan dan makin meningkat. Jika tidak dapat dan tidak faham mengenai kemas kini sistem , bagaimana mampu untuk terus mengikuti perkembangan teknologi yang baru? 


4.Boleh melindungi komputer dari pelbagai serangan : Virus, Spam , Hacker dan para penyerang komputer saat ini berleluasa di mana-mana dan pada bila-bila masa boleh menyerang komputer tanpa disedari . Jika dapat memahami cara untuk menghindarinya , maka resiko kemungkinan komputer dijangki virus atau diserang oleh penggodam adalah rendah. 

5.Dapat mengatasi permasalahan umum komputer : Permasalahan-permasalahan kecil yang sering terjadi di komputer dapat diselesaikan dengan sendiri seperti kabel power putus, papan kekunci atau tetikus rosak dan komputer berhabuk.


************************************************


Untuk mempelajari penggunaan komputer dan menguasai asas komputer dengan lebih tepat,cepat dan murah, sila klik perkataan berikut :

Kepentingan & manfaat belajar komputer serta internet


Dunia komputer dan internet jika digunakan dengan cara yang betul pada tempatnya, tepat pada masanya, ia akan membantu kita memperbaiki taraf kehidupan kita. Dengannya kita dapat melangkah lebih jauh ke merata-rata tempat di dunia walaupun kita tidak berkemampuan untuk melancong ke luar negara.  Dengannya juga dapat membantu kita menjana ekonomi walauapaun jenis dan saiz perniagaan yang kita jalankan.

Dalam artikel ini saya kongsikan video yang menunjukkan kepentingan dan kuasa yang ada pada komputer dan internet dalam memperbaiki mutu kehidupan rakyat biasa seperti kita ini. Ingatlah pengetahuan adalah senjata utama untuk kita kuasai dunia. Ayuh, datanglah ke ICT Niaga Enterprise. Anda berada pada landasan yang betul...!

Kisah benar seorang pengusaha rumpai laut dari Sabah

Renjer Sungai - Kisah pemuda yang kelainan upaya menjalankan usaha niaganya sendiri

Kursus Asas Microsoft Office Word

Microsoft Office Word ialah perisian pemprosesan perkataan yang utama dalam penggunaan komputer di seluruh dunia.  Dengannya anda boleh menaip surat, mencipta helaian iklan, nota, kad bisnes dan pelbagai bentuk kraftangan mengikut kreativiti masing-masing.

Kelas Belajar Komputer dan ICT telah menyediakan kursus subjek tunggal serta memberikan anda peluang untuk mempelajari perisian Microsoft Word. Belajarlah apa yang anda benar-benar perlukan dalam kehidupan seharian.  Malah hanya dengan menyertai kursus jangka pendek ini, anda sudah boleh mengambil upah menaip dan menjadi pendapatan sampingan anda secara berterusan.


Klik "Baca Lagi" di bawah untuk melihat penerangan lanjut.....

Selamat bercuti


Assalamualaikum....

Untuk makluman kepada pelawat blog, kelas komputer mula dicutikan bermula pada hari ini sehingga ke tarikh yang akan diumumkan di blog ini nanti.

Oleh itu, ICT Niaga Enterprise selaku pengendali kursus komputer mengucapkan selamat bercuti dan Selamat Hari Raya Aidilfitri.  Hati-hati dalam setiap perjalanan dan perbuatan anda.


PENGUMUMAN

Kelas untuk Kursus Asas Komputer telah dimulakan kembali...
(Tarikh Kemaskini :19 Ogos 2013)

Kursus komputer RM55.00 sempena bulan Ramadhan


Sempena bulan Ramadhan yang akan menjelang, ICT Niaga Enterprise memberikan tawaran istimewa iaitu anda boleh mendaftar pembelajaran untuk peringkat asas komputer dengan harga RM 5 5 . 0 0 sahaja!.

Nama Kelas KURSUS KOMPUTER KHAS RAMADHAN

Jangka masa kursus2 HARI ( 2 jam sehari )
(Pilihan waktu dan hari berdasarkan kekosongan tempat dan kesesuaian masa. Sila buat tempahan awal)

Bayaran  :  RM55.00

Antara subjek yang terkandung dalam pakej tawaran istimewa Ramadhan ini ialah :

- pengenalan komputer
  (cara penggunaan & penyelenggaraan asas)


- penggunaan Microsoft Words
  (menaip surat, ubahsuai dokumen)



--------------------------------------------------------


**Sijil akan diperolehi dalam masa 5 hari selepas tamat kursus

**Khas bagi mereka yang "baru" dalam penggunaan komputer serta yang berminat menambah pengetahuan.

**Sila buat bayaran penuh semasa hari pertama kursus


**Dijalankan sepanjang bulan Ramadhan sahaja

**Kursus ini disokong oleh Kelab Usahawan GIATMARA Melaka

Tempat  :
-ICT Niaga Enterprise / Kelab Usahawan Giatmara Melaka
 

-Untuk tempahan tempat atau maklumat lanjut , sila datang ke :-

ICT Niaga Enterprise
(Kelab Usahawan GIATMARA Melaka)
Tingkat 4 Kompleks Hang Tuah,
Jalan Hang Tuah,
75300 Melaka.


Telefon : 012 31 dua 37 kosong 5 (Ahmad Zaki)