Kursus Bina Dan Selenggara Blog


Kenapa anda perlu belajar buat blog walaupun telah wujud laman web sosial seperti Facebook?

Peniaga industri kecil dan sederhana telah mengiklankan produk serta perkhidmatan melalui internet. Manakala peniaga kecil-kecilanpun telah menjual dan mengiklankan produk menggunakan blog dengan capaian bakal pelanggan tanpa had di serata negara.

Objektif kursus ialah memberi pengetahuan asas kepada peserta bagaimana cara untuk membina dan menyelenggara blog agar blog anda mudah tersenarai dan dijumpai di dalam enjin carian (search engine) seperti Google atau Yahoo.  

Peserta kursus ini akan diberi petua bagaimana para pelayar internet lain sedar kewujudan blog berkenaan, menggunakan kaedah "on line" dan "off line". 

Kursus ini dijalankan secara individu dan jangka pendek. Sijil penyertaan akan dikeluarkan setelah tamat kursus. Maklumat lanjut seperti di bawah :


Nama Kelas KURSUS BINA DAN SELENGGARA BLOG

Masa : 2 HARI (Lebih Kurang : 3 jam hari pertama & 3 jam hari kedua)

(Kelas dianjurkan pada mana-mana hari dalam seminggu. Sila buat pilihan dan tempahan sekurangnya DUA HARI awal. Sesi pagi bermula pukul 10.00 pagi  dan sesi petang bermula pukul 2.00 petang)

Bayaran  :  RM180.00
(bayaran dua hari sebelum kursus bermula)
-pembayaran melalui bank-in atau ATM Transfer sebelum kelas bermula
-untuk mendapatkan no.akaun bagi pembayaran secara bank-in atau atm transfer sila rujuk pada page "CARA PEMBAYARAN"


Klik "Baca Lagi" di bawah untuk melihat penerangan lanjut.....